Muhyiddin Yassin memutuskan untuk berundur beberapa minggu sebelum dijadualkan berdepan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri di Dewan Rakyat bulan depan. |
Muhyiddin sampaikan perutusan khas, mohon maaf atas salah dan silap
PUTRAJAYA: Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas menerajui negara untuk hanya 17 bulan.
Dalam kenyataan Istana Negara mengumumkan peletakan jawatan Muhyiddin selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.
Muhyiddin akhirnya tunduk kepada tekanan itu selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada 7 Julai lalu.
Beliau memutuskan untuk berundur beberapa minggu sebelum dijadualkan berdepan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri di Dewan Rakyat bulan depan.
Menurut surat tular dikatakan Speaker Dewan Rakyat kepada Istana, Muhyiddin mempunyai sokongan hanya 100 Ahli Parlimen.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac 2020 selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, yang memegang ku