Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 1 pagi Jumaat, 6 Ogos 2021, dan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. |
Seorang pendakwah yang dikenali sebagai 'Ustaz Budak' direman selama enam hari untuk membantu siasatan dakwaan kes amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, pada Selasa, 3 Ogos 2021.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 1 pagi Jumaat, 6 Ogos 2021, dan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis yang mendakwa suspek melakukan amang seksual terhadapnya di sebuah rumah di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah. Mangsa terdahulu diminta untuk mengurut badan suspek di ruang tamu sebelum diajak masuk ke dalam bilik kerana takut dilihat orang.
Semasa berada di dalam bilik, suspek dipercayai melakukan amang seksual terhadap mangsa sebelum remaja itu meminta diri untuk pergi ke bilik air.
Susulan daripada kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis pada jam 10.44 malam Khamis, 5 Ogos 2021. Dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek.
Sumber: Berita Harian