Mohamad Haziq menunjukkan keadaan bengkel ayahnya yang hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Gerong, Tumpat malam tadi. - FOTO ROSALWANI CHE SOH |
TUMPAT – Seorang pemilik bengkel motosikal melecur separuh bahagian badannya selepas terkena percikan minyak hitam dalam kejadian kebakaran di Kampung Gerong di sini semalam.
Mangsa, Mohamad Azmi Deraman, 53, mengalami kecederaan itu ketika dia cuba untuk menyelamatkan dua buah motosikal pelanggan dan beberapa barangan lain selepas bengkelnya terbakar sebelum meletup kira-kira pukul 9.45 malam.
Anak mangsa, Mohamad Haziq,19, sewaktu kejadian, dia bersama ayah dan keluarganya sedang beristirahat selepas menutup operasi bengkel yang berada di belakang rumah pada sebelah petang.
Katanya, bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan jeritan orang awam yang memaklumkan bahawa kebakaran berlaku dari bahagian dalam bengkel. Badan Mohamad Azmi melecur 60 peratus dan kini dirawat di HRPZ II Kota Bharu. FOTO IHSAN BOMBA
“Ayah terus bergegas keluar dari rumah dan cuba menyelamatkan dua buah motosikal pelanggan yang dibaiki dan beberapa barangan lain. Kami sempat menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran yang masih kecil ketika itu.
Badan Mohamad Azmi melecur 60 peratus dan kini dirawat di HRPZ II Kota Bharu. FOTO IHSAN BOMBA |