KYLIAN Mbappe mencari alasan mahu meninggalkan PSG selepas kehadiran Lionel Messi menjadi sebab untuk dia ingin menyertai Real Madrid. |
PARIS: Kylian Mbappe mengambil keputusan untuk meminta pengurusan tertinggi Paris Saint-Germain (PSG) untuk melepaskannya sejurus ketibaan Lionel Messi ke kelab itu.
Menurut L’Equipe, bintang Perancis, Mbappe sudah memberitahu dia tidak berminat bermain bersama bintang Argentina itu.
Wartawan Perancis, Thibaud Vezirain berkata, Mbappe bersedia untuk keluar dari PSG dengan alasan dia tidak mahu bermain bersama Messi. |
“Dia sudah memberitahu pasukan dia tidak berminat bermain dengan Messi,” kata Vezirain dalam L’Equipe.
KYLIAN Mbappe mahu meninggalkan PSG selepas kehadiran Lionel Messi ke kelab itu dan dikhabarkan bersedia menyertai Real Madrid. |
Mbappe menjadi antara pemain PSG yang tidak menyambut kehadiran bintang Argentina itu menerusi media sosial.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sebelum ini menyatakan tiada sebab Mbappe akan meninggalkan kelab itu musim panas ini kerana mereka sudah memenuhi semua kehendaknya untuk penyambungan kontrak.
Mbappe tiada sebab tinggalkan PSG
Kylian Mbappe ‘tidak mempunyai alasan’ untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas kelab itu membawa masuk Lionel Messi, menurut Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.Messi diperkenalkan dalam sidang akhbar di Parc des Princes kelmarin, sementara ribuan peminat berkumpul di luar stadium untuk menyambut penyerang legenda Argentina itu.
Dia menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya perjanjian tambahan 12 bulan setelah Barcelona tidak dapat menepati syarat yang mereka dipersetujui dengan pemain berusia 34 tahun itu kerana masalah kewangan.
Kontrak Mbappe berbaki kurang daripada setahun dengan kelab Ligue 1 itu tetapi presiden PSG, Al-Khelaifi, percaya penyerang Perancis itu tidak mempunyai pilihan selain kekal dan bermain bersama Messi dan Neymar.
LIONEL Messi diperkenalkan sebagai pemain baharu PSG kelmarin. |
“Dia mahukan pasukan yang kompetitif, (dengan Messi) tidak ada alasan. Dia tidak boleh melakukan apa-apa selain kekal,” kata Al-Khelaifi.
Pada Mei lalu, pemain berusia 22 tahun itu memberitahu rangkaian sukan, Canal Plus dia mahu menyertai kelab yang mana dia boleh memenangi trofi dan mempunyai projek mantap.
Mbappe belum memperbaharui kontrak di Parc des Princes, berbanding Neymar yang sudah menandatangani kontrak baharu sehingga 2025.
Penyerang Perancis itu bakal membentuk gandingan serangan bersama Neymar dan Messi, yang dijangka membuat penampilan sulung menentang Strasbourg hujung minggu ini. – AFP