INTAN Iewanina Mohd. Suhaimi (tiga dari kanan) bergambar dengan adik-beradiknya selepas kematian ibu bapa mereka disebabkan Covid-19 ketika ditemui di Pangsapuri Sri Perantau Pelabuhan Klang.
Bagaikan terkena panahan petir buat lima beradik yang terpaksa menempuh dugaan kehilangan ibu bapa mereka dalam masa yang singkat akibat jangkitan wabak Covid-19.
Anak sulung daripada lima beradik itu, Intan Iewanina Mohd. Suhaimi, 21,berkata, dia dan empat adiknya kehilangan bapa, Allahyarham Mohd. Suhaimi Zakaria, 55, pada 7 Ogos lalu iaitu selang seminggu selepas ibu mereka, Allahyarhamah Ramlah Muktar, 43, meninggal dunia pada 31 Julai lalu manakala bapanya, Mohd Suhaimi Zakaria, 55, menyusul seminggu kemudian selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.
Intan Iewanina berkata, dia belum membuat sebarang perancangan mengenai masa depan mereka adik-beradik disebabkan kehilangan ibu bapa berlaku secara mengejut.
Namun menurutnya, amanat ibu bapa yang mahu mereka berjaya dalam pelajaran akan menjadi kekuatan buatnya untuk meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berbaiki dua tahun lagi.
"Saya akan galas tanggungjawab jaga adik-adik di rumah memandangkan masih mengikuti kelas secara dalam talian. Ada juga ibu saudara yang akan membantu.
"Saya akan teruskan belajar sampai habis kemudian baru fikir cari kerja untuk tampung adik-adik. Buat masa ini bil saya mampu bayar, cuma sedang fikir cara bayar ansuran bulanan rumah," katanya selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari di Flat Sru Perantau, Selat Klang pada Isnin.
Nisa Ailani yang berada di atas riba kakak sulungnya, Intan Iewanina menutup muka kerana terlalu sedih melihat gamabr ibu ayahnya yang sudah tiada sambil diperhatikan abang kakak lain.
Adiknya, Uzair Wazini Mohd Suhaimi, 16, yang bersekolah di Maahad Tahfiz Azzikr, Batu Belah berkata, pesanan ibu bapa supaya mengutamakan pelajaran dan agama tidak akan dilupakan.
"Sebelum mak ayah pergi mereka pesan supaya menjadi anak yang soleh dan solehah, tidak tinggal solat dan al-Quran supaya mereka tenang di sana serta dapat berjumpa lagi di syurga firdaus," katanya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.