Liang lahad Jenazah pesakit Covid-19 telah dikorek, rupanya masih hidup

Jenazah pesakit Covid-19 tak kunjung tiba untuk dikebumi, rupanya masih hidup



KLATEN: Seorang pesakit Covid-19 di sini dilaporkan meninggal dunia dan keluarganya menyiapkan kubur untuk mengebumikan jenazah.

Namun, selepas menunggu sehari, rupanya pesakit itu dimaklumkan masih hidup dan menerima rawatan di hospital.

Lapor Tribunnews, pada mulanya, pesakit wanita tersebut yang berasal dari Desa Tambongwetan, Klaten dilaporkan meninggal dunia pada 7 Ogos lalu.

Sebelum itu, dia dibawa ke hospital selepas dijangkiti Covid-19 pada 3 Ogos.

Berita kematian wanita tersebut dimaklumkan oleh jabatan kesihatan, menyebabkan pasukan sukarelawan Covid-19 menyiapkan kubur untuk pengebumian.

Keluarga wanita itu juga sudah dimaklumkan mengenai kematiannya.

Namun, sehingga 8 Ogos, jenazah pesakit tersebut masih tidak kunjung tiba menyebabkan keluarganya menghubungi hospital.

Hospital kemudiannya mengesahkan wanita tersebut masih hidup dan menerima rawatan Covid-19.

Sehubungan itu, kubur tersebut ditutup semula dan keluarga wanita berkenaan menzahirkan rasa syukur.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.