KETUA sebuah keluarga mengibarkan bendera putih untuk mengharapkan bantuan setelah kehabisan makanan sejak menjalani kuarantin di rumah seminggu lalu. |
Sebuah keluarga yang menjalani kuarantin Covid-19 di rumah sejak seminggu lalu di Kampung Esso, Batak Rabit di sini mengibarkan bendera putih untuk mengharapkan bantuan setelah kehabisan bekalan makanan.
Keluarga itu merupakan antara empat buah keluarga yang menjalani kuarantin di rumah di kampung berkenaan setelah berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk.
Ketua keluarga itu yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka terputus bekalan makanan setelah tujuh hari menjalani kuarantin di rumah.
Katanya, barang keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lainnya sudah habis.
“Sebelum ini, ada juga adik beradik dan saudara mara dari luar datang memberikan bantuan, tapi, lama-lama mereka takut nak datang ke kawasan ini disebabkan kes Covid-19.
Nor Hamizah Mohd Yusof (kiri) dan suaminya, Mohd Romzi Abd Rahman (kanan) bersama empat anak mereka yang berusia antara lapan hingga setahun sebulan ketika ditemui di rumah sewa mereka. |
Menurutnya, dia juga tidak berani untuk keluar membeli barang keperluan harian kerana memakai gelang pengawasan kuarantin berwarna merah jambu.
“Sudah 7 hari saya dan ahli keluarga menjalani kuarantin, tak nampak siapa pun yang membantu. Orang luar pun takut nak datang ke sini,” katanya.
Menurutnya, dia kecewa dengan keadaan itu apatah lagi mereka sekeluarga memerlukan bantuan makanan ketika ini.-UTUSAN ONLINE