Kes COVID-19 kembali naik! 20,780 dicatatkan hari ini, Sabah rekod 1,514

Kes positif Covid-19 mencatatkan 20,780 kes pada Rabu.



PUTRAJAYA: Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 20,000 apabila 20,780 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,320,547 kes.

Beliau berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan tujuh negeri melaporkan kes harian empat angka iaitu Selangor dengan 6,921 kes, diikuti Kuala Lumpur 2,065 kes.

"Selain itu, Johor sebanyak 1,693 kes, Kedah (1,534), Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284) dan Negeri Sembilan (1,015).

"Turut mencatatkan kes baharu, Perak sebanyak 828 kes, Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (tiga)," katanya menerusi Facebook hari ini.


Lebih 20,000 kes Covid-19 dilaporkan hari ini
Selangor (6,921)

Kuala Lumpur (2,065)

Johor (1,693)

Kedah (1,534)

Sabah (1,514)

Penang (1,385)

Kelantan (1,284)

Negeri Sembilan (1,015)

Perak (828)

Malacca (636)

Sarawak (634)

Terengganu (613)

Pahang (585)

Putrajaya (41)

Perlis (29)

Labuan (3)



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.