Kes baharu naik mendadak! 21,668 kes hari ini, Sabah catat lebih 2,000 Kes buat pertama kali

Kes baharu di KL, Kedah, Sabah dan Johor naik mendadak



Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak lagi ke paras tertinggi iaitu sebanyak 21,668 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan keseluruhan kes positif sejak wabak Covid-19 melanda negara pada awal tahun lalu kepada 1,342,215 kes.

Berdasarkan data diterbitkan Kementerian Kesihatan hari ini, sembilan negeri merekodkan lonjakan mendadak dengan Kuala Lumpur mencatatkan 2,436 kes baharu berbanding 2,065 kes semalam.

Ini diikuti Kedah yang merekodkan 2,143 kes berbanding 1,534 jangkitan semalam; Sabah – 2,052 kes (1,514 semalam); Johor – 1,706 (1,693 semalam); Sarawak – 1,216 (634 semalam); Perak – 930 (828 semalam); Pahang – 629 (585 semalam); Putrajaya – 56 (41 semalam); dan Labuan – 11 (tiga kes semalam).

Pada 6 Ogos lalu negara merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 20,889 kes.

Semalam, sebanyak 20,780 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dengan 10 negeri mencatatkan peningkatan. Pulau Pinang merekodkan jumlah lonjakan tertinggi daripada 743 kes semalam kepada 1,385 jangkitan hari ini, diikuti Johor daripada 1,344 kes semalam kepada 1,693 kes hari ini.

Selain Lembah Klang, 5 negeri lain melaporkan empat digit kes dengan Sabah dan Kedah masing-masing melaporkan lebih dari 2,000 kes.

Johor dan Sarawak juga melaporkan rekod tertinggi.

Selangor (6278)

Kuala Lumpur (2436)

Kedah (2143)

Sabah (2052)

Johor (1706)

Pulau Pinang (1229)

Sarawak (1216)

Kelantan (972)

Perak (930)

Negeri Sembilan (899)

Pahang (629)

Terengganu (594)

Melaka (494)

Putrajaya (56)

Perlis (23)

Labuan (11)

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.