Pelanggan menikmati hidangan di restoran . |
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan individu yang divaksin sepenuhnya boleh bersolat di surau dan masjid.
Katanya, pasangan jarak jauh dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa satu sama lain.
Beliau berkata, penerima vaksin penuh di negeri Fasa 2 dan ke atas juga dibenarkan makan di dalam restoran.
Individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk 'dine-in' atau makan direstoran bermula Selasa ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata kebenaran ini hanya untuk mereka yang menetap di negeri yang sudah berada dibawah fasa dua dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PN).
Individu lengkap vaksinasi boleh makan di restoran mulai 10 Ogos |
"Saya nasihatkan orang ramai 'dine-in' bila perlu saja dan tidak meluangkan masa terlalu lama. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan baik," katanya ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenana kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap hari ini.