Individu lengkap vaksin dibenar rentas daerah |
Individu yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, individu yang ingin melakukan perjalanan itu mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada petugas keselamatan di sekatan jalan yang menunjukkan mereka sudah menerima vaksinasi lengkap
Berikut adalah kemudahan kepada individu yang menerima vaksinasi lengkap iaitu 2 dos :
Bagi seluruh Malaysia :
1. Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan rentas daerah dan negeri.
2. Ibu bapa dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak dibawah 18 tahun.
3. Kemudahan solat jemaah di masjid dan surau.
Pasangan jarak jauh dibenar rentas daerah atau negeri, boleh solat di masjid surau |
1. Rentas Daerah Dibenarkan.
2. Aktiviti Dine-In Dibenarkan.
3. Aktiviti Bersukan & Rekreasi Outdoor Dibenarkan (Tanpa sentuhan fizikal dan Bukan Berkumpulan)
4. Pelancongan dalam negeri yang sama.
Berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos 21.
*Hanya perlu tunjukkan Sijil Digital Vaksinasi didalam MySejahtera.
*Pasangan yang lengkap divaksinasi boleh bawa anak-anak dengan mematuhi SOP.
*Mestilah melepasi 14 hari selepas menerima dos 2 untuk vaksin Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac.
*Mestilah melepasi 28 hari selepas menerima dos 1 untuk vaksin Cansino.