Kenali Datuk Bandar Afghanistan, Zarifa Ghafari Yang Berani Malah Bersedia Dibunuh Taliban |
Isu Taliban menguasai seluruh Afghanistan dalam tempoh 10 hari menggemparkan dunia, apatah lagi kini ramai rakyat di negara itu berusaha untuk keluar dari Afghanistan dan mendapatkan perlindungan dari negara luar.
Dalam keadaan yang kacau bilau di Afghanistan pada ketika ini, Datuk Bandar Afghanistan membuat keputusan untuk tidak meninggalkan negara bersama keluarganya.
Foto – Focus |
Tiada Tempat Untuk Pergi
Dipetik dari VIVA, Datuk Bandar Afghanistan Zarifa Ghafari tidak melarikan diri keluar negara seperti menteri-menteri Afghanistan yang lain. Menurut Zarifa, dirinya tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri bersama ahli keluarganya.Hanya Bisa Menunggu Taliban Untuk Membunuhnya
Justeru itu, Zarifa hanya mampu menunggu Taliban datang untuk membunuhnya sekeluarga. Apatah lagi Taliban juga pernah mengumumkan akan membunuh mana-mana wanita yang bijak berbicara dan memiliki pengaruh dalam politik.Foto – New York Post |
Datuk Bandar Wanita Pertama Di Afghanistan
Wanita berusia 27 tahun ini mula menjadi Datuk Bandar Afghanistan pada tahun 2018 sehingga hari ini, Zafira merupakan wanita pertama dilantik sebagai Datuk Bandar.Selain itu, Zarifa juga pernah mendapat pengikhtirafan ‘Women of Courage’ oleh Menteri Luar Negara Amerika Syarikat pada tahun 2020 dan tergolong dalam ‘100 Wanita Berpengaruh’ oleh BBC pada tahun 2019.
Semoga Zarifa Ghafari dan keluarganya selamat, dari kemelut peperangan yang sedang berlaku di Afghanistan ketika ini.