JPJ keluar Saman RM300 jika tidak perbaharui lesen selepas 30 September

Zailani (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada pemandu bas sekolah di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini. 



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus menyaman sebanyak RM300 kepada pengguna jalan raya sekiranya didapati gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu (LLM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) selepas 30 September ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, tempoh moratorium pembaharuan lesen sudah tiga kali dilanjutkan dan pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan selepas tempoh tersebut.

“Penguatkuasaan bersama pihak polis akan dilakukan selepas tempoh tersebut selepas kelonggaran diberikan kepada pengguna jalan raya sebelum ini.

“Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya yang memiliki LKM, LLM dan GDL/ PSV perlu mempunyai dokumen sah pada 1 Oktober depan. Mereka boleh memperbaharui lesen dalam baki tempoh masa yang ada ketika ini,” katanya.


Pengumuman POS Malaysia.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program JPJ Prihatin Rakyat di Terminal Bas Lembah Sireh di sini hari ini. 

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.