Isteri tembak & potong mayat suami dengan kapak, suruh anak bantu buang mayat mangsa

Thessalonica pada keesokan harinya memotong kaki Randy dan meminta anak-anaknya membantu memasukkan mayat itu ke dalam beg untuk dibuang dan dibakar di satu lokasi yang tidak dinyatakan.



Polis menahan seorang wanita dari Indiana kerana didakwa telah membunuh suaminya di bilik tidur kediaman mereka di LaPorte pada 27 Julai lalu, sebelum memotong mayat mangsa menggunakan kapak dan meminta anak-anaknya membantu membuang mayat mangsa.

Thessalonica Allen, 34, menembak suaminya, Randy Allen. Pistol yang digunakan itu dipercayai dibuang ke luar tingkap. Bunyi tembakan itu didengari oleh anak-anak mereka yang datang untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati bapa mereka berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan meminta menghubungi talian kecemasan 911. Tetapi ditegah oleh Thessalonica yang menyuruh mereka kembali ke bilik masing-masing.

Thessalonica kemudian menghubungi bekas kekasihnya yang juga bapa kepada salah seorang anaknya, untuk datang selepas dia memberitahu Randy telah memukul anak mereka.

Sebaik saja tiba, Thessalonica menunjukkan mayat Randy di dalam almari bilik tidur anak perempuannya. Terkejut dengan apa yang berlaku, bekas kekasihnya itu enggan membantu. Thessalonica cuba menyakinkan lelaki itu yang dia melepaskan tembakan terhadap mangsa yang memukul dia dan anak-anak. Gagal menyakinkannya, Thessalonica menghantar lelaki itu pulang.

Salah seorang anaknya berusia 16 tahun berkata, dia bangun di tengah malam untuk cuba membantu ibunya mengheret mayat mangsa ke dalam kereta tetapi gagal kerana mayat itu terlalu berat.

Thessalonica pada keesokan harinya memotong kaki Randy dan meminta anak-anaknya membantu memasukkan mayat itu ke dalam beg untuk dibuang dan dibakar di satu lokasi yang tidak dinyatakan.

Wanita itu ditahan selepas bekas teman lelakinya memaklumkan kepada polis mengenai kes pembunuhan tersebut. Ketika ditahan, Thessalonica mendakwa dia dipukul oleh Randy dan bertindak menembaknya atas alasan mahu melindungi diri daripada serangan fizikal.

Sumber: The Northwest Indiana Times, Harian Metro

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.