Datuk Seri Ismail Sabri menjadi calon pilihan MKT Umno untuk menjadi Perdana Menteri, sedang menunggu pengesahan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) — Ahli MKT UMNO, Armand Azha Abu |
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.
Memetik daripada laporang media Utusan sebentar tadi, perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yng terlibat secara langsung dalam mesyuarat yang kini masih berlangsung antara Presiden UMNO bersama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, Annuar menerusi laman Facebooknya mendakwa lebih 69 ahli Parlimen bukan BN telah bersetuju untuk menyokong calon daripada gabungan itu untuk menjadi Perdana Menteri.
Antara Ahli Parlimen BN yang hadir adalah Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri M. Saravanan (Tapah).
Menurut laporan media, mesyuarat itu juga dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.