Comel sangat anaknya. |
Sebelum ini, gempar apabila seorang pelakon Indonesia, Galih Ginanjar membuat pendedahan memalukan mengenai alat sulit bekas isteri yang dikatakan berbau ikan masin. Perbuatan menghina itu telah menyebabkan Galih menerima hukuman penjara dua tahun empat bulan.
BACA: Bekas Suami Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Seperti Ikan Masin
Sejak bebas daripada penjara pada Disember 2020, Galih difahamkan masih belum berkesempatan bertemu anak lelakinya, King Faaz Arafiq. Malah, dia mengaku menyesal dengan apa yang pernah dilakukan terhadap bekas isterinya, Fairuz A Rafiq.
Lapor portal kapanlagi, mereka sudah saling tidak berhubung kerana dia tidak mempunyai nombor telefon peribadi bekas isterinya. Dia pernah menghantar pesanan mesej di Instagram memohon maaf dan meminta izin untuk bertemu anak sempena ulang tahun namun tidak mendapat jawapan balas.
Dia berasa sangat menyesal kerana telah menghina bekas isteri sehingga hubungannya dengan anak terjejas. Mengaku bersikap egois, perbuatan lampaunya itu menyebabkan dia terlepas peluang melihat anak membesar. Lebih keterlaluan lagi, suatu ketika dahulu dia pernah berkata King Faaz harus membuat ujian DNA jika hendak bertemunya.
Jujur terlalu rindu, Galih mengalirkan air mata ketika berbicara soal anak melalui sesi podcast Kriss Hatta. Meskipun begitu, dia menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang masih belum ‘move on’ dengan kejadian ‘ikan masin’.Gua pernah ngeluarin statemen kalau mau ketemu gua harus tes DNA dulu, itu adalah hal yang sebenarnya tidak boleh diucapkan pada saat itu, itu adalah bukti kemarahan dan keegoisan gua.
Galih Ginanjar
Mantan Suami Fairuz A Rafiq
Apatah lagi ketika itu pelakon Indonesia ini turut mendedahkan secara umum bahawa bekas isterinya itu mempunyai masalah kebersihan diri dan malas mandi.
Walau bagaimanapun, Galih menerima semua kecaman kerana apa yang terjadi hari ini adalah kesilapannya sendiri. Dia sendiri malu untuk bertemu anak gara-gara kejadian itu.
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.