Guna Pesawat Kargo Ikan Ke Olimpik, Ragbi 7’s Fiji Pulang Bawa Emas Olimpik

Tahniah Fiji! Moga jadi inspirasi buat atlet atlet yang lain.

Mereka mempertahankan gelaran yang dimenangi pada Olimpik Rio 2016



Guna Pesawat Kargo Ikan Ke Olimpik, Ragbi 7’s Fiji Pulang Bawa Emas Olimpik. Walaupun berdepan cabaran logistik untuk ke Sukan Olimpik, Pasukan Ragbi 7 Sebelah Fiji tetap berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka pada Olimpik Rio pada tahun 2016.

Ini sekaligus menjadi pencapaian pingat emas kedua Fiji dalam sejarah penampilan mereka dalam Sukan Olimpik disamping skuad ragbi 7 sebelah mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 12 perlawanan.

Bayangkan, mereka terpaksa menaiki pesawat kargo yang membawa muatan ikan sejuk beku ke Jepun, tatkala atlet negara lain menaiki penerbangan komersil dan duduk di kelas perniagaan untuk ke Sukan Olimpik.

Pencapaian tersebut merupakan satu kebanggaan buat Fiji yang merupakan negara kepulauan kecik di kepulauan pasifik dengan populasi kurang dari 900 000 orang penduduk tersebut.


Perjalanan skuad ragbi Fiji ke Sukan Olimpik penuh onak dan duri, tidak semudah dan semewah atlet atlet negara lain yang berkemampuan.
Fiji kini dilanda oleh gelombang baharu COVID19 di mana negara tersebut mencatatkan lebih 700 kes seminggu. Perkara tersebut juga telah menyebabkan banyak pesawat komersil ke Kepulauan tersebut dibatalkan untuk faktor keselamatan.

Ini secara tidak langsung menjadikan satu cabaran bagi mereka untuk ke Sukan Olimpik. Ketua jurulatih, Gareth Baber, mendedahkan sesetengah pemain, yang tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini atau bermain di peringkat elit, tidak bertemu keluarga mereka ‘hampir 20 minggu’.

“Kami terkurung selama lima bulan,” kata Baber selepas meraikan kejayaan pasukannya.

“Mereka datang ke kem latihan pada hari Isnin Easter dengan berfikir bahawa mereka akan kembali pada hari Jumaat, dan pada hari Selasa mereka diberitahu bahawa mereka tidak dapat kembali dan tidak melihat keluarga mereka sejak itu. Ia memerlukan jenis individu yang cukup istimewa bagi melaksanakan komitmen itu.

“Kami berkurung dalam tempoh yang lama. Kami membuat kelengkapan latihan sendiri, pada dasarnya di garaj asrama yang kami diami, dan kami berada di sana selama kira-kira 12 minggu.


“Sebenarnya, apabila para pemain pulang dan melakukan kuarantin, sudah lebih kurang 20 minggu sejak mereka kali terakhir bertemu keluarga.”

Kapten Fiji, Jerry Tuwai mengatakan “Setiap penduduk Fiji hanya mahukan kemenangan. Ini adalah hari yang baik untuk Fiji.”


“Mereka tidak akan memikirkan wabak itu sekarang, mereka akan meraikan pingat emas!”

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.