Gula-gula politik - DAP 'kingmaker' penentu hayat politik Muhyiddin? |
KUANTAN: Rangka persefahaman rentas parti yang mengemukakan tujuh tawaran kepada ahli Parlimen seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan ‘gula-gula politik’ demi menyelamatkan hayat politik pihak desperado.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Muhyiddin berasa perlu membuat pengumuman terbuka mengenainya untuk membuktikan keadaan terdesak tersebut, namun, cuba untuk menampakkan seolah-olah ia usaha bagi menyelamatkan negara.
“Beliau juga sendiri mengakui tidak ada satu pihak pun kini memperoleh sokongan majoriti di Parlimen, ini ialah satu pengakuan bersalah (admission of guilt) yang nyata di pihaknya yang sebelum ini sering mengakui mempunyai majoriti berkenaan.
“Oleh itulah, saya percaya, tawaran terbuka ini tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen terutamanya dalam kalangan ahli-ahli UMNO yang masih setia dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) apatah lagi Perhimpunan Agung UMNO 2020,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pengumuman Muhyiddin semalam, tujuh perkara akan dilaksanakan kerajaan sekirannya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan.
WAN ROSDY WAN ISMAIL |
Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, sewajarnya Muhyiddin lebih bersikap budiman tanpa perlu membuat tawaran terbuka itu yang dilihat sebagai satu sogokan tidak bermaruah, lalu memanggil untuk mengadakan persidangan khas Parlimen segera bagi menentukan keabsahan kedudukannya.
RUU Lompat Parti bakal dibentang |
“Inilah sebenarnya alternatif terbaik dalam mengharungi kemelut yang ada, insya-Allah,” katanya.