FDA Beri Kelulusan Penuh Penggunaan Pfizer

Pfizer-BioNTech adalah vaksin COVID-19 pertama yang mendapat kelulusan penuh FDA. – Foto Reuters



Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech secara sepenuhnya pada Isnin.

Ia akan dipasarkan sebagai Comirnaty, untuk pencegahan penyakit COVID-19 bagi individu berusia 16 tahun ke atas.

Pfizer-BioNTech adalah vaksin COVID-19 pertama yang mendapat kelulusan penuh FDA.

Menurut FDA, vaksin itu juga akan terus tersedia di bawah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA), termasuk bagi individu berumur 12 hingga 15 tahun dan untuk pemberian dos ketiga.

“Pfizer sebelum ini telah memenuhi piawaian saintifik FDA untuk penggunaan kecemasan dan kelulusan penuh ini akan menambah keyakinan orang ramai kerana memenuhi standard keselamatan, keberkesanan dan kualiti pembuatan yang tinggi,” kata Pemangku Pesuruhjaya FDA Janet Woodcock2.

Penggunaan Pfizer-BioNTech telah diluluskan sejak 11 Disember 2020, di bawah EUA kepada individu berusia 16 tahun ke atas.

Kebenaran tersebut kemudian dipertingkat kepada individu yang berumur 12 hingga 15 tahun pada 10 Mei 2021. – AWANI / Reuters

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.