Hari terakhir Muhyiddin berucap sebagai Perdana Menteri kepada Rakyat Malaysia |
PUTRAJAYA: Jika sebelah pagi, kehadirannya ke Kompleks Bangunan Perdana Putra sebagai Perdana Menteri.
Namun, pada sebelah petang pula beliau beredar dari kompleks yang sama sebagai ‘caretaker’ Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai kepada penjawat awam sebelum meninggalkan pejabatnya pada hari terakhirnya sebagai Perdana Menteri, 16 Ogos 2021. |
Pada sebelah pagi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuat khas bersama barisan Kabinet sebelum keluar menuju ke Istana Negara bagi mempersembah surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pada sebelah petang, beliau memasuki semula Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 2.57 petang bagi menyampaikan Perutusan Khas pertama beliau sebagai ‘caretaker’ Perdana Menteri.
MUHYIDDIN Yassin memberi ucapan terakhir selepas mesyuarat terakhir kabinet Kerajaan PN |
Selesai sidang akhbar itu, Muhyiddin kemudian meninggalkan pejabatnya kira-kira pukul 4.27 petang dan pulang ke kediamannya di Bukit Damansara, bagi menghadiri mesyuarat bersama pimpinan tertinggi Parti Primbumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perjalanan ‘keluar-masuk’ Muhyiddin ke Pejabat Perdana Menteri hari ini diikuti rapat lebih 40 pengamal media yang mula berkampung di luar kompleks bangunan itu sejak 7.30 pagi ini.
Apa yang menarik, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak pernah terlepas untuk menurunkan tingkap kenderaannya setiap kali melewati sekumpulan pengamal media di pintu masuk dan keluar itu.
Malah, ketika disapa, beliau sempat mengangkat tangan dan melambai ke arah pengamal media sebaik sahaja lensa kamera dihalakan.
MUHYIDDIN Yassin keluar dari Bangunan Perdana Putra selepas memberi perutusan khas mengenai kedudukannya. |