Dulu teman suami pergi menikah lagi, kini teman suami pergi bercerai pula

Tahun lepas baru viral pinangkan wanita lain untuk suami. Jodoh nak bermadu tak panjang pulak😅


Tahun lepas, tular seorang wanita yang dengan senang hati membantu suaminya menguruskan majlis pernikahan dengan seorang wanita lain.

Hal tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial kerana wanita berkenaan seakan begitu bahagia menyambut kehadiran orang baru dalam rumah tangganya bersama suami setelah 6 tahun berkahwin.


Teman suami bercerai dengan madu

Walau bagaimanapun, menerusi laman sosial wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid itu memaklumkan yang suami dan madunya telah bercerai.

Dia juga turut memuat naik gambar sewaktu menemani suaminya bercerai dengan isteri keduanya.


Hanya mahu berfikir positif

Walau bagaimanapun, Syiela Rashid menulis luahan di status Facebook seakan memberi bayangan yang dia menerima ini semua secara positif dan tetap bersama suaminya dalam apa keadaan sekalipun.


Maklumkan sudah bercerai dengan isteri kedua

Suami kepada pengguna Facebook itu juga mengakui bahawa sudah menceraikan isteri keduanya di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap pada Selasa 24 Ogos 2021.

Perkongsian pasangan suami isteri itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Mana tidaknya, perkahwinan lelaki tersebut pernah tular sebelum ini kerana ‘madunya’ telah dipinang sendiri isteri pertama dan majlis pernikahan turut diuruskan oleh wanita itu.

Namun, perkahwinan dengan isteri kedua tidak panjang dan lelaki tersebut telah ditemani isteri pertama ketika mahu bercerai dengan isteri kedua.

Sumber: Facebook Syiela Rashid

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.