Ditidurkan bukan pengakhiran pesakit Covid-19

Prosedur pesakit Covid-19 ditidurkan.

‘Badan seperti kena gerudi, dicucuk’



Perasaan pilu, sedih dan terharu dirasai dalam kalangan bekas pesakit Covid-19 yang pernah melalui detik-detik ditidurkan oleh pasukan perubatan selama berhari-hari selepas mereka mengalami komplikasi teruk akibat jangkitan Covid-19. Menganggap ia ibarat seper­ti mati hidup semula selepas berjaya pulih daripada jangkitan maut itu, rata-rata daripada bekas pesakit berkenaan turut mengakui pengalaman berada di unit rawatan rapi (ICU) sebagai sesuatu yang sukar dilupakan. Antara yang paling terkesan ialah seorang bekas guru besar sebuah sekolah rendah di sini, Elias Dasuki.

Pesakit Covid-19 diberikan bius untuk ditidurkan bukan bermakna mereka sudah tiada harapan untuk sembuh daripada jangkitan wabak berbahaya tersebut.

Pensyarah Jabatan Kejurute­raan Bioperubatan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri berkata, ia sebaliknya kaedah untuk merawat pesakit yang mengalami jangkitan teruk.

“Istilah ditidurkan bukan perkara baharu. Ini sebenarnya prosedur biasa. Pesakit menjalani pembedahan juga ditidurkan. Ditidurkan bermaksud memberi pesakit bius sehingga tidak sedarkan diri.


SEORANG pesara guru berusia 65 tahun, Elias Dasuki melalui pengalaman paling getir dalam hidupnya apabila dia terpaksa ditidurkan selama 31 hari oleh pasukan perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor.
“Namun, dalam kes Covid-19, ia khusus untuk mereka yang mempunyai kandungan oksigen sangat rendah dan tidak mampu dinaikkan selepas diberi oksigen tambahan menggunakan topeng oksigen,” katanya.

Nahrizul Adib berkata, pesakit ditidurkan kerana tiub pernafasan perlu dimasukkan ke saluran trakea dan proses itu tidak dapat dilakukan dalam keadaan pesakit sedang sedar.

Menurut beliau, semasa tidur mesin bantuan pernafasan akan menjaga pernafasan pesakit dan dalam masa sama menambah oksigen ke dalam darah.

“Selepas oksigen dalam darah stabil, pesakit akan disedarkan. Proses itu bukan secara mendadak sebaliknya bius dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga pesakit terjaga,” katanya.

Sementara itu, Pakar Anes­tesiologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Ina Ismiar­ti Shariffuddin berkata, pesakit ditidurkan kebiasaannya dalam kalangan pesakit kategori empat atau lima.


Frontliners di Hospital Sungai Buloh yang sedang bertugas merawat seorang pesakit Covid-19.
Menurut beliau, pesakit kate­gori ini memerlukan bantuan pernafasan dan oksigen lebih daripada biasa akibat kegagalan organ terutamanya paru-paru, jantung dan buah pinggang.

“Apabila tahap oksigen rendah dan mengalami kegagalan pernafasan, kebiasaannya mereka dibius untuk ditidurkan. Jika tidak diberi bantuan pernafasan boleh menyebabkan komplikasi hypoxic ischaemic encephalopathy iaitu otak gagal berfungsi.

“Oksigen perlu sampai ke otak kerana lama kelamaan pesakit berisiko berhenti bernafas.

“Kadar ideal oksigen dalam badan sepatutnya melebihi 95 peratus. Pesakit akan mula bernafas dengan laju dan tercungap-cungap untuk badan me­ningkatkan lagi kadar oksigen yang diperlukan organ di dalam tubuh manusia bagi berfungsi sepenuhnya. Ketika ini, pesakit perlukan bantuan oksigen dan jika perlu, diintubasi,” katanya.

Tambah beliau, pesakit ditidurkan supaya mereka tidak berasa sakit dan melawan proses ventilasi kerana situasi itu boleh menyebabkan trauma pada paru-paru.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.