Video yang dirakam itu antara lain memaparkan kejelasan Baby menyebut ‘abah nak ikut’ berserta lenggoknya sekali yang sangat mencuit hati. |
Bersuara jangan disangka orang, berkepak tidak semestinya terbang. Itulah keunikan yang dimiliki ‘Baby’ sejenis burung kakak tua species Congo African Grey kepunyaan pemilik akaun TikTok @JasmineMazuki dan keluarganya.
Video TikTok yang mempamerkan keletah dan kebijaksanaan Baby itu tular sehingga dilihat 1.4 juta warganet dengan 138,000 tanda suka dan dikongsi lebih 5336 kali.
Menurut Jasmine, video yang dirakam Ramadan lalu itu antara lain memaparkan kejelasan Baby menyebut ‘abah nak ikut’ berserta lenggoknya sekali yang sangat mencuit hati.
Ia turut dilihat menjenguk abah kesayanganya yang baru selesai solat tarawih dan turut sekali berwirid sambil menggoyangkan badannya.
Klip seterusnya terus mendedahkan sikap dan peribadi sebenar parrot comel ini yang cemburu jika perhatian tidak diberikan kepadanya terutama oleh abah.
@jasminemazuki Reply to @annoor4791 Dia ni kuat drama tau, ada lagi banyak style dia panggil abah 😅 Jangan geram tau 🤫
♬ original sound - Jasmine Mazuki - Kakak Brulee
“Abah nak ikut hahaha macam suara orang dah.” komen NadiaSamsudin tergelak.
Warganet Silverylux pula berkata, “Ini kalau malam bunyi aku terus pindah rumah.”
Kajian saintifik mendapati African Grey paling diminati berbanding species kakak tua lain kerana ia boleh bercakap dan mempunyai memori yang sangat baik.
Lebih menakjubkan ia boleh merekod dan mengingati lebih daripada 700 patah perkataan.
Apapun jangan terkejut kerana African Congo tidak mempunyai pita suara. Keupayaan parrot ini berbicara seperti manusia sebenarnya berpunca daripada ‘syrinx’ iaitu organ vokal burung.
Apapun, kebijaksanaan, personaliti dan sifat ingin tahu burung ini semestinya akan menawan dan menggembirakan hati sesiapa saja yang melihatnya.