Pecahan kes baharu mengikut negeri, 4 Ogos 2021. |
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Di sebalik krisis politik yang hangat, negara sekali lagi merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi pada Rabu dengan 19,819 kes baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan peningkatan ketara daripada sekitar 5,000 sebelum ini kepada 8,377 kes.
"Ia diikuti Kuala Lumpur (2,467), Kedah (1,371), Kelantan (1,003), Johor (1,162), Sabah (949), Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662),Pahang (558), Melaka (508), Terengganu (481), Putrajaya (48), Perlis (11) dan Labuan (lima).
"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,183,110 kes," katanya.