Besi penghadang patah, budak jatuh flat

LOKASI kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan terjatuh dari besi penghadang yang patang di aras satu Flat Taman Sungai Batu, Balik Pulau semalam.

Budak lelaki retak tempurung kepala jatuh flat


BALIK PULAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami pendarahan dalaman termasuk dipercayai retak tempurung kepala akibat terjatuh dari besi penghadang yang patah di aras satu flat Taman Sungai Batu di sini semalam.

Mangsa ditemui tertiarap di koridor bawah oleh abangnya berusia sembilan tahun bersama beberapa kanak-kanak lain pada pukul 5 petang.

Difahamkan, satu batang besi penghandang tersebut patah sejak beberapa bulan lalu.

Seorang jiran yang mahu dikenali sebagai Esya, 37, berkata, sebelum kejadian mangsa bersama beberapa rakannya dipercayai bermain berdekatan penghadang besi tersebut.

Menurutnya, kejadian disedari abangnya yang terkejut melihat adiknya tertiarap di atas simen koridor berkenaan.


LOKASI kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan terjatuh dari besi penghadang yang patang di aras satu Flat Taman Sungai Batu, Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Abang mangsa memaklumkan kepada ibu mereka yang berada di rumah. Mangsa ditemui dalam keadaan separuh sedar.

“Sebaik menemui mangsa, ibunya menangis memanggil-manggil anak bongsu di atas riba,” katanya di sini.


Beritahu Eysa, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan menaiki ambulans.

“Kami difahamkan mangsa kini stabil selepas sedarkan diri hari ini. Kanak-kanak itu dikatakan mengalami pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala.


“Mangsa kini masih berada di bawah pemantauan doktor pakar di wad kanak-kanak HPP,” ujarnya. – UTUSAN

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.