Benda sakit bukan boleh dibuat-buat – Nurul Zahid

Nurul Hidayah Ahmad Zahid memuat naik video di laman sosial yang memaparkan Presiden Umno itu sedang ditolak pengusung untuk memasuki dewan pembedahan di sebuah hospital pagi tadi

Kes tertangguh lagi selepas Zahid masuk hospital, sekali Nurul tunjuk satu rakaman video



ANAK sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal tohmahan sesetengah pihak bahawa bapanya ‘buat-buat sakit’ untuk mengelak menghadiri perbicaraan mahkamah hari ini.

Nurul Hidayah Ahmad Zahid memuat naik video di laman sosial yang memaparkan Presiden Umno itu sedang ditolak pengusung untuk memasuki dewan pembedahan di sebuah hospital pagi tadi.

“Fitnah di hujung jari. Ini video pagi tadi sewaktu Abah dibawa ke OT (Operation Theatre).

“Saya tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan Abah sebab saya tahu ini akan jadi bukti kepada umum bila ia diperlukan.

“Sangkaan saya amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT, berita fitnah tersebar yang dia sedang ‘berehat’ di hospital untuk elak kes mahkamah,” katanya di Facebook.




Nurul hidayah turut menzahirkan kekesalan terhadap tohmahan dilemparkan ke atas bapanya dan menyifatkannya tidak masuk akal.

“Tak masuk akal. Benda sakit ni bukan boleh buat-buat. Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya. Saya yang bertanggungjawab tunggu dan jaga abah sepanjang di hospital,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dimasukkan ke hospital pagi tadi bagi menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang.

Susulan itu, hujahan akhir pendakwaan kes Ahmad Zahid membabitkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi sekali lagi ditangguhkan.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah, anak guamnya itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun meminta pihak pembelaan memanggil doktor berkenaan untuk hadir ke mahkamah hari ini bagi menerangkan kecederaan dan prosedur terbabit sebelum menetapkan satu tarikh lain.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.