Bayi 20 bulan mati kelaparan selepas ditinggalkan ibunya yang pergi berparti selama 6 hari

Seorang ibu muda hanya mampu mengalirkan air mata selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya selama sembilan tahun atas kesalahan meninggalkan bayinya sehingga mati kelaparan.



Seorang ibu muda hanya mampu mengalirkan air mata selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya selama sembilan tahun atas kesalahan meninggalkan bayinya sehingga mati kelaparan, sementara dia pergi berparti dengan rakan-rakan sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 selama enam hari.

Verphy Kudi, pergi ke konsert muzik 1990 di Elephant and Castle bersama dengan teman lelaki, malah DJ turut mengumumkan hari ulang tahun kelahirannya pada konsert tersebut.

Sepanjang tempoh itu, bayi perempuannya, Asiah, berusia 20 bulan ditinggalkan bersendirian di flat kediamannya di Brighton.

Asiah dilaporkan meninggal dunia akibat influenza dan kelaparan selepas ditinggalkan tanpa penjagaan selama lima hari, 21 jam dan 58 minit, kata pendakwa raya.

Apabila paramedik dihubungi dan tiba di tempat kejadian pada 11 Disember 2019 setelah Kudi pulang ke rumah, mereka menemui kudi berada dalam keadaan gelisah dan anak perempuannya terbaring di lantai.

Kudi yang kini berusia 19 tahun, hadir ke Mahkamah Lewes Crown semalam, Jumaat, 6 Ogos 2021, dan dijatuhkan hukuman penjara setelah mengaku bersalah di atas pertuduhan membunuh mangsa. Kudi menangis ketika mendengar hakim menjatuhkan hukuman itu sebelum dibawa pergi oleh kakitangan mahkamah.

Hakim Laing berkata, mangsa mengalami penderitaan yang tidak dapat dibayangkan sebelum mati sendirian di rumahnya. Tambahnya, Asiah adalah anak kecil yang tidak berdaya dan bergantung sepenuhnya kepada awak sebagai ibu melengkapi keperluannya.

Tambahnya, Kudi telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan lebih mengutamakan hasrat untuk meraikan ulang tahun kelahiran berbanding keperluan anaknya.

Sumber: Daily Mail

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.