2016 AJ193 adalah antara asteroid yang diklasifikasikan mempunyai potensi bahaya ke atas Bumi dan kali pertama dikesan pada 2016. - Getty Images/Science Photo Library RF |
WASHINGTON – Sebuah asteroid yang berpotensi mendatangkan bahaya sebesar bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dijangka melintasi Bumi awal pagi esok, lapor akhbar Daily Star, semalam.
Ketulan asteroid yang terdiri daripada 1,000 biji batu itu dikenali sebagai 2016 AJ193 dan pergerakannya telah dirakam oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada kelajuan 58,538.13 kilometer sejam.
Agensi angkasa lepas itu sedang mengawasi dengan teliti blok asteroid yang kini bergerak laju dan dijangka mengelak daripada melanggar Bumi dengan jarak hanya 3,427,43 kilometer sahaja.
Para saintis menjangkakan asteroid 2016 AJ193 akan melintas bumi sekitar 3.10 petang (waktu tempatan) atau 6 pagi Ahad, waktu Malaysia.
Menurut NASA, pihaknya akan terus memantau pergerakan asteroid itu sehingga hari Selasa ini bagi memastikan Bumi benar-benar terhindar daripada risiko pelanggaran dengan ketulan batu gergasi itu.
2016 AJ193 adalah antara asteroid yang diklasifikasikan mempunyai potensi bahaya ke atas Bumi dan kali pertama dikesan pada 2016. - Getty Images/Science Photo Library RF |
Asteroid tersebut mengorbit matahari setiap lima hingga sembilan tahun. Setiap kali asteroid itu kelihatan mahu melanggar orbit Bumi, ia berubah arah dengan memasuki orbit Musytari.
Lintasan 2016 AJ193 sekitar Bumi dijangka berulang dalam tempoh sekurang-kurangnya 65 tahun lagi.
Ia adalah salah satu daripada 26,000 jenis asteroid yang memasuki senarai pengawasan NASA dan antara 1,000 yang mempunyai potensi membahayakan Bumi. – Agensi