“Alhamdulillah, ada peningkatan” – Shuib terus mohon doa semua

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, sentiasa berharap agar isteri tercintanya yang juga penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, agar dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan keadaan yang sudah sihat.



Menerusi entri Instagram, Shuib mencoretkan kata-kata semangat buat isterinya sambil menunjukkan satu foto dia bersama Siti Sarah dan anak-anaknya dalam hantaran Instastory.

“Saya tahu awak dengar setiap kata hati saya. Awak kuat sayang! Saya dan anak-anak akan tunggu awak balik,” tulisnya ringkas di Instastory.

Penyanyi lagu Semakin itu masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditidurkan ekoran oksigen dalam badannya tidak stabil.

Bagaimanapun, pelawak itu memaklumkan tahap oksigen isterinya meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

“Setakat ini, Sarah masih belum sedarkan diri. Masih perlukan bantuan oksigen cuma Alhamdulillah, ada peningkatan.

“Jam 11 malam oksigen menurun sampai 40. Tapi jam dua pagi tadi Alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor periksa oksigen Sarah.

“Saya harap semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.

Terdahulu, Siti Sarah yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen menurun.

Semalam, dia terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), di hospital berkenaan berikutan tahap oksigen yang masih tidak stabil.

Kemudian, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang, namun masih belum sedarkan diri selepas melakukan pembedahan sejak pukul 2 petang, semalam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.