Ain Husniza, bapa ke Ibu Pejabat Polis esok

Pelajar dan aktivis, Ain Husniza Saiful Nizam dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sungai Buloh untuk memberi keterangan selepas mereka berdepan tindakan saman RM1 juta setelah didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.



PETALING JAYA: Pelajar dan aktivis, Ain Husniza Saiful Nizam dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sungai Buloh untuk memberi keterangan selepas mereka berdepan tindakan saman RM1 juta setelah didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Menerusi laman Twitter Saiful Nizam, dia memberitahu akan hadir di IPD itu pada pukul 5 petang bersama tiga peguam mereka iaitu Datuk Santara Nair; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok

“Untuk makluman, saya dapat panggilan dari IPD Sungai Buloh meminta saya dan Ain ke sana untuk diambil keterangan ke atas sebuah laporan.

“Kami akan ke sana esok pukul 5 petang bersama peguam Datuk Sankara Nair, Maria Chin dan Teresa Kok,” katanya menerusi satu ciapan.

Terdahulu, Saiful Nizam menerusi ciapan di Twitter berkata, keluarganya menerima surat tuntutan RM1 juta itu daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.


Ain Husniza Saiful Nizam
Pada 24 April lalu, tular dalam media sosial, seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.