41 guru meninggal akibat Covid-19 sejak 30 Julai sehingga semalam

Senarai guru yang meninggal akibat Covid-19 sejak 30 Julai lalu sehingga semalam.



PETALING JAYA – Luluh hati orang ramai apabila melihat perkongsian oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengenai kematian guru di seluruh negara akibat Covid-19.

Menerusi laman Facebooknya, Maszlee yang turut berkongsi data daripada Facebook Kami Guru Malaysia memberitahu terdapat 41 orang guru yang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bermula dari 30 Julai hingga semalam.

“Saya diberikan senarai guru-guru yang telah meninggalkan kita akibat Covid-19 dari FB Kami Guru Malaysia dari 30 Julai sehingga 15 Ogos 2021 (semalam).

Saya yakin di luar sana masih terdapat ramai lagi yang saya tidak tahu. Semoga mereka semua diberkati di negeri abadi, aminn,” tulisnya pada laman Facebook hari ini.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa sedih dengan kehilangan sebahagian daripada pendidik anak bangsa di seluruh negara akibat Covid-19.




“Salam takziah kepada warga pendidik dan sekolah di seluruh Malaysia yang meninggal dunia disebabkan Covid-19,” tulis Franfie Manalow.

Pada masa sama, pengguna turut memaklumkan bahawa terdapat ramai lagi warga pendidik yang sedang bertarung nyawa di hospital seperti perkongsian oleh Mohammad Ferdauz Jumain.

“Ramai lagi guru-guru yang meninggal akibat Covid-19 senarai ini bermula 30 julai, yang masih bertarung nyawa di ICU pun masih ramai. Al-Fatihah dan salam takziah kepada guru-guru yang gugur,”ujarnya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.