21,468 kes baru, jangkitan di Perlis meningkat sekali ganda

Kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 21,468 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Kes baharu Covid-19 lepasi 21,000 hari kedua berturut-turut



KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 21,468 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,363,683 juta jangkitan di Malaysia.

Selangor masih merekodkan angka jangkitan harian tertinggi dengan 7,449 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur; 2,183 kes, Kedah;1,807 kes, Sabah; 1,654 kes, Johor; 1,485 kes, Pulau Pinang; 1,316 kes dan Kelantan; 1,088 kes.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.