19,807 Kes Baharu Covid-19, Sabah Catat Kes Tertinggi Selepas Selangor

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah



PUTRAJAYA: Jumlah kes positif Covid-19 mencatatkan penurunan kepada 19,807 kes pada Ahad berbanding 22,262 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang direkodkan meningkat kepada 1,555,093 kes.

"Selangor terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi mengikut negeri dengan 5,379 kes diikuti Sabah (1,883) dan Kedah (1,948).

"Sarawak mencatatkan 1,772 kes, Pulau Pinang (1,501), Kelantan (1,196), Kuala Lumpur(999), Perak (703), Pahang (598), Melaka (558) Terengganu (34) dan Negeri Sembilan (508). Manakala, Perlis (54), Putrajaya (24) dan Labuan (empat)," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 19,807 kes baharu positif Covid-19 sewtakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 1,555,093.


Covid-19: 19,807 kes baharu, Selangor kekal rekod kes tertinggi
Bagaimanapun, Selangor masih mencatat kes tertinggi dengan bilangan kes baharu sebanyak 5,379 diikuti dengan Sabah iaitu 2,638 kes. Manakala, terdapat lima buah negeri masih mencatat kes lebih dari 1,000 iaitu negeri Johor (1,391), Sarawak (1,772), Kedah (1,948), Pulau Pinang (1,501) dan Kelantan (1,196).

Bagi negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mencatat penurunan kes pada hari ini dengan mencatat 999 kes sahaja.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.