160 kematian; 1,059 kes ICU

160 kematian; 1,059 kes ICU



PUTRAJAYA: Malaysia merekod kes positif Covid-19 sebanyak 17,150 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 11,326 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 160 kematian dicatatkan dengan 1,059 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 531 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 195,273 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,326 kes diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Pulau Pinang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459) dan Terengganu (429).

“Satu wilayah dan satu negeri mencatatkan kes dua angka Putrajaya (72) dan Perlis (21) manakala Labuan (5),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.