100% Dijaga Suami Masa Berpantang, Tak Jijik Pun Cuci ‘Cecair Busuk’ Isteri

Kerapian 'private part' seseorang isteri tu ibarat maruah yang tiada galang ganti. Tapi tak semua suami mampu jaga & hargai, so respect abang ni!


Terdahulu, Khalieda Yusra pernah mendapat perhatian ramai susulan berkongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan olehnya menjelang beberapa hari bersalin anak kedua.

Meskipun tidak dapat tahan cirit-birit di dalam kereta, namun suaminya tetap mengutamakan keselamatan wanita ini serta sanggup bersihkan tempat duduknya kemudian.

@kiedaamy97_

##storytime pengalaman ❤️ ##pengorbanan seorang suami Tak semua laki mampu buat . Masing2 ada lebih ada kurang. Jadi ##Hargai lah selalu ❤️ ##fypage

♬ rintihan rindu - Adek Nurul

Pengalaman berpantang 100% suami jaga…tak geli pun bau busuk lepas bersalin

Menerusi video terbaru di TikTok, Khalieda Yusra berkongsi pengalaman dijaga suami sepenuhnya sejurus bersalin pula. Meskipun lepas bersalin wanita akan mengeluarkan cecair yang baunya tidak menyenangkan, namun soal geli langsung tidak dihiraukan. Sebaliknya, lelaki berkenaan tetap membersihkan bahagian terbabit saban hari tanpa gagal.



Dia juga yang uruskan semua hal rumah sepanjang 44 hari berpantang

Ternyata dia cukup bertuah meskipun memilih untuk berpantang secara sendiri di rumah. Khalieda Yusra dikurniakan seorang suami yang sangat memahami serta mampu menguruskan semuanya dari A sampai Z, termasuklah menyediakan barangan berpantang. Susulan itu, wanita berkenaan cuma perlu menyusu serta mandikan bayi mereka sahaja.
@kiedaamy97_

##storytime pengalaman berpantangku❤️ ##pengorbanan seorang suami yg aku tak akan lupakan😭 Hargai lah ##pasangan kita selagi ada . ##fypage ##realstory ❤️

♬ rintihan rindu - Adek Nurul

Lelaki tak kaya takpa, janji tahu tanggungjawab…murah rezeki layan isteri macam permaisuri

Rata-rata netizen bukan sahaja memuji kesanggupan lelaki tersebut, malah berharap agar turut dikurniakan suami bertanggungjawab sepertinya. Dalam pada itu, mereka turut tidak ketinggalan berkongsi kisah tentang pasangan masing-masing sepanjang tempoh berpantang.



Sumber: TikTok kiedaamy97_

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.