Tokyo 2020: Tiba di Thailand, Olimpian sujud, kalung pingat emas kepada bapa

Dalam adegan yang menyentuh hati, Panipak berlutut dan menghadiahkan pingat emasnya kepada ayahnya yang sedang menunggu kedatangannya di lapangan terbang.



Juara Olimpik Taekwondo dari Thailand, Panipak Wongpattanakit, tiba di negaranya dan disambut oleh ramai peminat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket Isnin lalu.

Atlet berusia 23 tahun itu meenangi pingat emas pertama buat Thailand dalam acara taekwondo dalam Sukan Olimpik Tokyo (kategori 49 kilogram) 24 Julai lalu.

Menerusi Bangkok Times, Panipak kelihatan ketinggalan ketika bertemu lawan dari Sepanyol, Adriana Cerezo Iglesias, apabila dia melakukan keajaiban dalam sembilan saat dengan dua percubannya berjaya memastikan kemenangan 11-10.

Ini merupakan kali kedua Panipak mewakili Thailand dalam Olimpik.

Dia meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Rio De Janeiro pada 2016.

Pasukan Taekwondo Thailand tiba di Lapangan Terbangsa Antarabangsa Phuket International Airport, yang penuh sesak dengan peminat dan pegawai yang hadir untuk menyampaikan ucapan tahniah.


Kemenangannya dalam Tokyo 2020 menyaksikan wang hadiah diberikan sebanyak 19 juta baht (RM2.4 juta).
The Nation Thailand menunjukkan video ketibaan atlet tersebut.



Di antara orang ramai yang hadir, ayahnya, gabenor Phuket, Narong Wunsiew dan Presiden Persatuan Taekwondo Thailand, Pimol Srivikorn, hadir untuk mengucapkan tahniah kepadanya, kata Bangkok Post.

Dalam adegan yang menyentuh hati, Panipak berlutut dan menghadiahkan pingat emasnya kepada ayahnya yang sedang menunggu kedatangannya di lapangan terbang.

Dia meletakkan pingat emas di leher bapanya menyaksikan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan.

Atlet itu turut memberikan hormat kepada jurulatih, pasukan dan Presiden Persatuan Taekwondo Thailand.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.