Tokyo 2020: Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan pingat gangsa pertama untuk Malaysia

Soh Wooi Yik dan Malaysia's Aaron Chia meraikan kejayaan mereka menewaskan pasangan Indonesia untuk menang pingat gangsa Olimpik Tokyo. - AFP



PETALING JAYA: Satu per tiga sasaran pingat di Sukan Olimpik berjaya direalisasikan selepas beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga, sebentar tadi.

Beregu No. 1 negara itu menundukkan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14 dalam aksi hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza.

Kemenangan tersebut membolehkan Aaron Chia-Wooi Yik menokok kepada dua kemenangan sepanjang sembilan pertemuan dengan ‘The Dadies’.

Kejayaan itu juga menyaksikan beregu No. 9 dunia itu meneruskan legasi sukan badminton negara untuk membawa pulang pingat sejak 2008.

Malaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi badminton, terjun dan berbasikal trek dalam edisi kali ini, dengan salah satu daripadanya adalah emas.


Pasangan Regu: Soh Wooi Yik dan Malaysia's Aaron Chia Menang Gangsa
Terdahulu, Aaron Chia-Wooi Yik melakar kejutan mara ke separuh akhir apabila mengatasi beregu No. 1 dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia menerusi kemenangan 21-14, 21-17.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.