Tidak Sampai Satu Jam, Dewan Rakyat ‘Panas’ Dengan Pertikaman Lidah Ahli Parlimen

Kickbola.net Beberapa Ahli Parlimen saling bertikam lidah sesama mereka selama beberapa minit sebelum ditenangkan Speaker selepas keadaan dilihat semakin ‘panas’.


Apa berlaku pada satu jam pertama dalam Sidang Mesyuarat Khas hari ini?


Tidak sampai satu jam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pagi ini, keadaan daripada tenang ketika Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berucap bertukar menjadi ‘panas’.

Bahkan, beberapa perkataan yang agak panas seperti “letak jawatan” dan “derhaka” turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Beberapa Ahli Parlimen juga dilihat saling bertikam lidah sesama mereka selama beberapa minit sebelum ditenangkan Speaker selepas keadaan dilihat semakin ‘panas’.

Sebaik selesai ucapan Speaker, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan – Semporna) merupakan ahli Parlimen pertama bangun dan meminta penjelasan.

“Saya minta penjelasan. Pertama sama ada persidangan ini selaras dengan titah Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) dan adakah ini, persidangan ini selaras dengan Perlembagaan Malaysia? Adakah ini selaras dengan peraturan?


Kickbola.netDewan Rakyat kembali hangat dengan kehadiran Ahli Parlimen pada sidang khas.

“Kalau bercanggah, dengan ini kita dah melanggar persidangan yang kita bincangkan, contohnya Ordinan Darurat,” katanya.

Keadaan menjadi semakin ‘panas’ selepas itu apabila Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) bangun mencelah dan mengeluarkan perkataan kontroversi.

“Anda patut letak jawatan daripada Speaker Dewan Rakyat. Saya nak tahu tuan Speaker, kenapa Proklamasi Darurat dan Ordinan di bawahnya tidak dibawa ke dalam masalah ini?

“Adakah tuan menerima arahan daripada kerajaan untuk tidak membawa perkara tersebut ke dewan? Kalau itu agendanya, jadi letaklah jawatan,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang – Langkawi) turut bangun selepas itu yang menegaskan Ahli Parlimen tidak memerlukan penerangan, sebaliknya, apa yang dituntut ialah perbahasan untuk membincangkan isu semasa.


YB bersidang di Dewan Rakyat hari ini
“Kerajaan mengambil masa yang amat panjang dan cuba untuk memperdayakan dunia bahawa mengadakan majlis taklimat di dewan Parlimen adalah sidang Parlimen.

“Ini adalah satu penipuan lebih-lebih lagi apabila tekanan wabak COVID-19 yang menjadi alasan untuk isytihar darurat tidak dibawa dalam dewan ini untuk dibincang dan dibahas dengna cara untuk mengatasinya,” ujarnya. – AWANI

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-14 di Parlimen. Turut sama TPM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) dan Menteri Kanan merangkap Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - fotoBERNAMA
Walaupun sejumlah 38 ahli Parlimen UMNO memutuskan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun Mesyuarat Khas Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin menyaksikan kesemua masih berada di blok kerajaan.

Apa yang berlaku hanya perubahan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri duduk di sebelah PM Muhyiddin.

Ini tiga perkara yang berlaku pada satu jam pertama berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

1. Tidak sampai satu jam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pagi ini, keadaan daripada tenang ketika Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berucap bertukar menjadi 'panas'.

SEMUA YANG BERLAKU DI PARLIMEN ADA DI LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN DI SINI

2. Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan tiada had kehadiran dalam Dewan Rakyat sepanjang Mesyuarat Khas Parlimen.LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI

3. Ketua Parti boleh menggilirkan keahlian dalam Dewan setiap sejam.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.