Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan

Kickbola.netDewan Rakyat kembali hangat dengan kehadiran Ahli Parlimen pada sidang khas.



KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan ditamatkan hujung bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Takiyuddin berkata, kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.