‘Sektor kilang bukan punca Covid-19’ – Azmin Ali

MOHAMED Azmin Ali menunjukkan data kluster kilang dalam sesi Sidang Khas Dewan Rakyat.



PETALING JAYA: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mengatakan kluster kilang menjadi penyumbang utama peningkatan kes Covid-19.

Beliau kemudian bangkit menjawab terhadap dakwaan Presiden PKR itu dengan menyatakan sektor kilang bukan punca kes Covid-19.

“Saya ada statistik yang jelas menunjukkan kes positif melibatkan sektor hanya melibatkan jumlah kecil,” katanya untuk menjawab dakwaan Anwar dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Terdahulu, Anwar selaku Ketua Pembangkang mendakwa kluster kilang dan industri menjadi punca peningkatan kes Covid-19 pada hari ini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.