Sarawak isytihar darurat, elak PRN

Sarawak diisytiharkan darurat selama 6 bulan sehingga 2 Februari 2022.



KUCHING: Sarawak diisytiharkan darurat selama enam bulan sehingga 2 Februari 2022.

Pengisytiharan darurat setempat itu selaras di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) Sarawak 2021 diterbitkan dalam Warta Persekutuan semalam dan akan berkuat kuasa mulai 2 Ogos.

Ini bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di tengah penularan pandemik Covid-19 masih berada pada tahap membimbangkan.

Proklamasi yang ditandatangani oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pilihan raya Sarawak mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh berakhirnya darurat negara.

Justeru, memerlukan darurat setempat diisytiharkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan setelah mencapai tempoh matang lima tahun pada 7 Jun lalu namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang sudah dibatalkan oleh kerajaan pada 21 Julai. – UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.