Akbar diapit dua pengantin perempuan iaitu Khusnul (kiri) dan Yun (kanan) ketika majlis akad nikah. - Tribunnews |
JAKARTA – Seorang pemuda berusia 20 tahun dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat baru-baru ini menjadi tular kerana menikah dua wanita sekaligus.
Menurut laporan Suara.com, rupa-rupanya kedua-dua isteri lelaki bernama Korik Akbar itu ialah janda muda.
Menurut Korik, dia terlebih dahulu bercinta dengan Khusnul Hotimah, 20, sejak 2011 dan mula menjalin hubungan dengan Yun Nitanuri,21, pada 2016 selepas wanita itu bercerai. Akbar yang baru berusia 20 tahun kini memiliki dua isteri yang merupakan kekasih gelap dan bekas kekasihnya. – Facebook
Apabila Khusnul menyedari Korik mempunyai kekasih gelap, dia bertindak berkahwin dengan calon pilihan ibu bapanya.
Baru-baru ini, apabila menyedari Korik bakal menikah Yun, Khusnul datang ke majlis perkahwinan lengkap berpakaian pengantin dan minta untuk dimadukan.
“Pengantin perempuan kedua dipercayai telah diceraikan selepas suaminya diambil orang. Lalu apabila mendengar mantan kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.
Akbar yang baru berusia 20 tahun kini memiliki dua isteri yang merupakan kekasih gelap dan bekas kekasihnya |