Remaja 12 hingga 17 tahun kini boleh daftar vaksin di MySejahtera

Kickbola.netRemaja 12 hingga 17 tahun kini boleh mula daftar vaksin di MySejahtera



Kuala Lumpur: Remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Hasil semakan mendapati, pendaftaran boleh dibuat pada ruangan 'tambah tanggungan' yang tersedia dalam kategori 'vaksinasi' di aplikasi berkenaan.

Proses pendaftaran itu boleh dibuat dengan mengisi ruangan disediakan antaranya nama, hubungan, nombor MyKad, umur, jantina serta alamat.

Malah, aplikasi terbabit membenarkan proses pendaftaran dibuat untuk lebih dari satu tanggungan dan tarikh janji temu akan dimaklumkan kelak.


Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika dihubungi berkata, keluarga remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Menurutnya, keutamaan sekarang adalah untuk kumpulan berisiko dulu divaksin dan selepas selesai akan lihat pula golongan kanak-kanak dan remaja.


"Kita sedang menunggu data-data terkini dahulu," katanya.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.