Isu modifikasi ekzos bising antara salah satu ‘penyakit’ yang tiada penawarnya sejak dahulu lagi.
Walaupun penguatkuasa pernah memberikan kompaun kepada pemilik motosikal, namun ia tidak menghalang pemilik motosikal untuk tetap mengubah suai ekzos mereka.
Baru-baru ini tular satu video pendek berdurasi 4 saat menunjukkan seorang anggota PDRM telah meletakkan pemilik motosikal berhampiran ekzos motosikal sendiri dan memulas throttle sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat membingitkan.
Baru dia tau motor dia memekak. pic.twitter.com/MfXUEOnAiR
— ₆⁶₆ςιδ²³₆⁶₆ 🇵🇸 (@Tsgxy_) July 19, 2021
Video pendek tersebut mendapat sokongan orang ramai yang menunjukkan tanda berpuas hati kerana memang sudah lama ‘geram’ dengan segelintir pemilik motosikal sering kali membuat bising dengan ekzos mereka ketika berada di kawasan kejiranan.
Setiap kali aku dengar bunyik motor memekak macam ni,memang impian akulah untuk polis buat cam ni.
— Leyna (@Leyna_BR) July 20, 2021
Moto mcmni buat aku selalu terjaga dari tidur. Malam2 ko nak press2 mcm ko sorang ada moto. Sumpah setiap kali dgar aku doa dia jatuh moto tp entah la aku serba salah kdg2 ckp mcmtu sbb mmg betul2 dia jatuh moto dpn rumah aku pukul 4pg tu. Tp dia jatuh sendiri siapa yg langgar ?
— Nor Rasyidah 🇵🇸 (@norrasyidahh) July 20, 2021
Dari ribuan komen dan ciapan yang dikongsikan, orang ramai menyatakan mereka ‘tertekan’ dengan segelintir pemilik motosikal yang tidak tahu menghormati ketenteraman kawasan kejiranan dengan membuat bising.Puass hati aku.. ade lagi satu yg bunyi mcm ekzos pecah tu.. pom pom pom.. ank aku bru tdur 😒
— Syema Nizam (@SyemaNizam) July 20, 2021
Lebih-lebih lagi kawasan kejiranan tersebut didiami oleh warga emas dan bayi kecil yang mudah terkejut apabila mendengar bunyi ekzos bising dari motosikal tersebut.