Pengesahan penempatan tahun 1 boleh disemak hari ini

Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 KPM



PETALING JAYA – Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran anak mereka bagi penempatan murid tahun 1 untuk sesi persekolahan pada tahun 2022 boleh menyemak keputusan tersebut mulai hari ini.

Keputusan tersebut boleh disemak menerusi laman web Kementerian Pendidikan (KPM) di https://public.moe.gov.my/.

Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan perakuan penempatan dimana ibu bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan penempatan secara dalam talian.

Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fizikal namun ia perlu dicetak dan disimpan untuk kegunaan ketika pendaftaran sekolah.

Ibu bapa atau penjaga yang menghadapi masalah boleh menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Bagi permohonan rayuan penempatan, ia boleh dibuat secara dalam talian dan keputusan boleh disemak di dalam sistem yang sama. – K! ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.