Momiji Nishiya Juara Sukan Skateboard Termuda Olimpik 2020

Momiji Nishiya Bolot Piala Juara Skateboarding

(Dari kiri) Atlet Brazil, Rayssa Leal (perak), Momiji Nishiya (emas) dan Funa Nakayama dari Jepun (gangsa) bersama medal masing-masing bagi acara papan selaju wanita di Ariake Sports Park, Tokyo. - AFP

OLIMPIK: Nishiya juara sulung wanita sukan papan selaju

TOKYO: Atlet Jepun, Momiji Nishiya muncul antara juara individu termuda dalam sejarah Olimpik

apabila meraih pingat emas dalam acara papan selaju (skateboarding) wanita yang pertama kali diperkenalkan, di sini, sebentar tadi ketika usianya mencecah 13 tahun dan 330 hari.

Dia menamatkan saingan di hadapan atlet Brazil, Rayssa Leal yang berusia 13 tahun 203 hari dan mampu muncul juara Olimpik individu termuda dalam sejarah - dan rakan senegaranya, Funa Nakayama, 16.


Nishiya mengungguli kategori 'tricks' untuk meraih 15.26 mata yang sekali gus memberikan tuan rumah 'markah penuh' bagi disipilin 'street' dalam sukan papan selaju yang membuat penampilan sulung di Olimpik.



Penerjun dari Amerika Syarikat, Marjorie Gestring kekal selaku juara individu Olimpik termuda selepas memenangi acara 3m papan anjal di Sukan Olimpik Berlin 1936 pada usia 13 tahun 268 hari.

Papan selaku adalah salah satu daripada empat sukan yang membuat kemunculan sulung di Tokyo selain papan luncur (surfing), sukan ekstrem dalam acara memanjat dinding (sport climbing) dan karate bagi menarik minat golongan muda terhadap temasya Olimpik.

Tular di media sosial hari ini, juara sukan skateboarding bahagian wanita bagi piala Olimpik 2020 di Tokyo jatuh ke tangan remaja perempuan berusia 13 tahun.


Dipetik dari laman Twitter Agensi Berita AFP hari ini, Momiji Nishiya berusia 13 tahun ini dinobatkan sebagai juara bagi sukan skateboarding kategori wanita.

Foto – Twitter Agensi Berita AFP
Kejayaan remaja kelahiran negara matahari terbit ini mengejutkan seluruh dunia yang memerhatikan sukan Olimpik 2020 yang sedang berlangsung di Tokyo ketika ini.


Momiji menewaskan lawannya Rayssa Leal juga berusia 13 tahun yang berasal dari Brazil, sukan Olimpik kali ini memang cukup menggemparkan dunia dengan penyertaan usia atlet termuda dan bertenaga.

Kecil-Kecil Cili Padi

Foto – Twitter Agensi Berita AFP
Melihat ketangkasan dan kelincahan Momiji ketika bertanding bagi sukan skateboard kategori wanita ini, memukau mata orang ramai khususnya peminat sukan skateboarding seperti ini.

Netizen Kagum Lihat Kemenangan Momiji

Foto – Twitter Agensi Berita AFP
Pengumuman kemenangan milik remaja Jepun ini membuatkan warganet berasa terkejut dan ramai yang memberi ucapan tahniah atas kemenangan yang dimiliki.


Tahniah buat Momiji Nishiya membawa pulang pingat emas buat Jepun, dan sekaligus dinobat sebagai atlet pemenang termuda dalam sukan skateboard di Olimpik 2020.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.