Malaysia pecah rekod catat 17,405 kes hari ini

17,405 kes hari ini



PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini pecan rekod lagi selepas mencatatkan 17,405 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 1,061,476 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan 7,171 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 2,880 kes dan Kedah sebanyak 1,112 kes.

“Sabah pula (913 kes), Negeri Sembilan (863 kes), Johor (767 kes), Pulau Pinang (760 kes), Kelantan (532 kes), Melaka (531 kes), Terengganu (490 kes), Sarawak (464 kes), Pahang (429 kes) dan Perak (406 kes).

“Selebihnya, Putrajaya (68 kes), Labuan (16 kes) dan Perlis (tiga kes),” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.