Aaron Aziz sudah panas! |
Seorang usahawan muda dikecam netizen kerana tindakannya yang didakwa melampau dan biadab secara tidak langsung telah mengaibkan lelaki warga emas di hadapan khalayak ramai di sebuah pusat kebajikan yang dikunjunginya baru-baru ini.
Berdasarkan video berdurasi 1 minit 12 saat itu, insiden yang memalukan tersebut berlaku di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, yang dimuat naik sendiri oleh usahawan berkenaan di akaun Instagramnya
"Umur berapa? Ha? 64? Saya tanya betul-betul, masa muda dulu menyesal tak, tak buat betul-betul? Masa muda dulu, menyesal tak banyak main-main, banyak tak buat betul-betul, malas.. menyesal tak?
"Menyesal? Dia cakap menyesal. Saya tanya korang, korang sampai tua nanti baru nak menyesal ke? Pernah tak korang wish one day, tak kisahlah you agama apa, you pray to god, "God show me the way how I want to change my life". Pernah tak?
"What if today is the God send me to help you guys? If today, your wish, your doa pada Tuhan tunjuk show me the jalan how I want to change my life. If today God send me to help you," kata lelaki itu.
Bagaimanapun, netizen kurang senang melihat caranya memberikan 'motivasi' itu dengan cara yang dianggap melampau serta mengaibkan warga emas berkenaan Selain itu, netizen turut mempersoalkan mengapa usahawan itu tidak memakai pelitup muka, sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Tidak terkecuali, golongan selebriti turut meluah rasa bengang mereka terhadap usahawan itu, antaranya Aaron Aziz dan Anzalna Nasir, melalui akaun Instagram masing-masing.
"Dah tengok video, sakit hati! Dia mungkin rasa dia tidak berkelakuan biadab. Ada sesetengah orang boleh dibutakan dengan kejayaan mereka sendiri sampai perbuatan memperlekehkan orang pun tak salah bagi mereka. Ingat, setinggi mana pun kita, Allah boleh tarik bila-bila masa," kata Anzalna.
"Salam brader. Lu kalau nak tolong orang, jangan nak korek-korek kisah silam siapa-siapa. Gua tak tahu la lu siapa tapi jaga lu punya adab. Diorang gelandangan ke, penagih ke, pengemis ke, lu kalau nak buat kerja kebajikan this is not the fakkin way.
"Jangan jatuhkan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang. Kalau lu rasa lu dihantar Tuhan untuk tolong orang susah, sekarang Allah juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit. Geram, tu kalau bapak aku, memang dah kena. No moral, no integriti and no humility," kata Aaron.
Sumber: Ihsan Netizen, IG Anzalna, IG Aaron Aziz
Tags