Lelaki mati dipercayai dibunuh atas katil

Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui mati terbaring di atas katil di sebuah premis di Lorong Ceylon, Bukit Bintang di sini awal pagi tadi.




KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan ditemui mati terbaring di atas katil di sebuah premis di Lorong Ceylon, Bukit Bintang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu.

Laporan dibuat oleh isteri mangsa dan tempat kejadian merupakan kediaman mereka namun tidak dapat dipastikan sama ada ia rumah mangsa atau disewa.

Siasatan mendapati nama pemilik didaftar atas nama rakan mangsa.

“Polis telah menjalankan siasatan berkaitan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya.


“Polis mendapati mangsa mempunyai lebam di kedua-dua belah tangan dan dahi. Bedah siasat akan dijalankan esok pagi bagi menentukan punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.- MalaysiaGazette

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.