Lelaki jalani kuarantin di rumah ditemui meninggal dunia

Pasukan bomba memasuki rumah untuk mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia


Bekalan makanan yang tidak terusik bongkar kematian pesakit Covid-19


TANGKAK – Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemui meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, di sini, pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, kematian lelaki itu yang dikenali sebagai Zuraimi Abd. Aziz, 51 disedari oleh anak saudaranya apabila menemui mangsa tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan.

“Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini juga belum disentuh, justeru dia menjenguk dari tingkap untuk melihat keadaan mangsa sebelum mendapati bapa saudaranya itu hanya terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Anak saudaranya bertindak menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada pihak bomba untuk melihat keadaan mangsa.


PIHAK bomba membuka pintu kediaman mangsa bagi memeriksa keadaan seorang lelaki yang ditemukan tidak sedarkan diri sepanjang menjalani kuarantin kendiri
“Pegawai perubatan yang datang kemudian mengesahkan mangsa disahkan positif Covid-19 dan telah meninggal dunia. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi. – K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.